Thursday, September 19, 2019

Pro-v-o



*buka sosial media*

seringkali dia melihat madah kata manusia keliling. penghayatan pelbagai situasi, ruang dan waktu. pantas saja dia sering keasingan dalam diri. maksud kasih itu boleh menjadi berbagai ungkapan serta tingkah laku. bukan tiada erti pada maksud mahupun madah. cuma merasa sangsi akan tiap bait yang dilontarkan. benar ia sejati? sedang dia sendiri sangsi sama diri.

hah!

runsing dan bingit saja. dia mencipta rasa asing itu. apa mahu salah pada mereka yang ikhlas kenal erti harga kasih. provokasi sama naluri. 

buang masa.
dia cuma ego.