Ustaz tulis sesuatu untuk aku masa kls khat tadi. But bukan pasal khat ni aku nak cakap but tazkirah dia harini. Ustaz sebelum menghabiskan kelas khat, memang akan ada tazkirah. Topic harini ustaz cakap pasal poligami.
Ustaz ni ada sorang je anak. Isteri dia penah kata "abang kalau nak kahwin lain untuk dapatkan anak lagi, saya izinkan abang kahwin."
You know what? Jawapan ustaz tu membuka perspektif aku terhadap laki laki dalam dunia ni lagi2 set ustaz ni dan terkesima der. Korang paham2 jelah kenapa pikiran cetek aku ni pandang serong terhadap golongan mcm tu. Astaghfirullah.
Ustaz tu kata kat bini dia, "Sedangkan masa dengan Allah pun abang takda. Nak cari isteri baru ada pulak masa? Cukuplah abang ada sorang isteri untuk dibawa ke syurga yang banyak berkorban susah dan senang dan pasal anak tu abang dah bersyukur dan abang tak pasti dapat berlaku adil dengan awak. Sedangkan dengan Allah abang tak berlaku adil." Pastu aku lupa dah dia cakap.
Ustaz aku pesan, kalau kau kawin sebab nak dapatkan zuriat, kalau kau diuji takda anak, kau pasti kecewa. Sebab perkahwinan lebih dari itu. Kalau kau kawin sebab rupa, maka bila muka isteri atau rupa paras dah tak secantik seperti dahulu, kau akan kecewa. Korang boleh tengok orang dulu2. Diorang mana penah tengok rupa isteri sebelum kawin apatah lagi berjumpa. Sebab orang dulu jenis yang redha dan tawakal yang tinggi. Tak jumpa, tgok pasangan pun dari gmbr je. Itu kalau bernasib baik lah if ada gambar. Tup2 kawin dan bahagia sampai sekarang even pasangan masing2 dah takda, dia tetap setia pada yang satu. Kalau kerana keturunan, kalau oneday diuji family dia atau kau ditimpa musibah, mampukah kau harungi keaiban itu? Kalau kerana harta atau ilmu. Oneday diuji dilumpuh dan tidak dapat teman kau pergi majlis2 ilmu atau memberi semangat ketika kau tiada pekerjaan. Pasti kamu kecewa. Kalau kawin kerana nak elak fitnah dan zina, dalam islam sendiri dah ada garis panduan bagi mereka yang ingin elak fitnah dan zina. Kecuali pada kondusi tertentu.
Kalau kerana agama, kau akan berusaha bimbing dia kerana Allah. Letakkan perkawinan itu mencari keredhaan Allah azza wa jalla. Kau akan beruntung dan selalu merasa ketenangan bersama dia. But kalau betul kerana agama, ikhlas kan hati untuk perbaiki salah silap bersama sebab agama boleh hilang dalam diri sensorang. Itu boleh menjadi penyebab kau bosan dengan dia.
Melalui perkahwinan juga kita kenal diri kita, keikhlasan dan tanggungjawab. Jangan jadi golongan yang bangkit di padang mashyar nanti jadi golongan yang berdiri senget sebelah. Nauzulbillah min zalik.. Tapi kalau ditakdirkan berkawin lain, terima jelah tak boleh kita nak cakap apa kerna perancangan Allah itu Maha Bijaksana. Tarik diri sendiri dengan isteri dan anak2 menuju keredhaan Allah.
Jangan pentingkan diri sendiri. Hidup ini kena bekerjasama perbaiki apa yang kurang pada diri dan pasangan. Cari pasangan lain tu macam pentingkan diri juga lah. Pentingkan nafsu sendiri. KEPUASAN SEMENTARA.
Aku mengaku. Aku jenis yang sokong poligami. Lagi2 aku tak yakin dengan diri aku sendiri lagi2 bab anak. Aku takut oneday aku tak dapat kasi zuriat. Aku sokong poligami pun sebab aku tahu suami itu bukan hak aku sorang je. Dia hak Allah, hak ibubapa, hak ummah dan dia mungkin dah tertulis di luh mahfuz akan berkongsi kasih sayang dia dengan orang lain juga selain aku sebab aku akan mati dan aku tak nak dia sunyi bila ketiadaan aku.
Cuma itulah, aku macam pentingkan diri dan sikap lepas tangan bila berfikiran sebegitu. Konon nak kasi peluang pada wanita diluar sana. Jika betul pun, ikhlas tak? Boleh ke berlaku adil pada madu? Yakin ke takda rasa iri hati? Yakin ke? Macam mana pula jika tetiba suami buat perangai dan lebihkan madu? Adakah aku akan ungkit benda tu diakhirat nanti? Apabila neraca pahala berkurang, adakah aku akan salahkan suami untuk berat kan neraca sendiri? Kerna di hari perhitungan kita saling salahkan orang lain untuk selamatkan diri sendiri.
Persoalan demi persoalan pop up dalam otak sampailah sekarang. Kalau takda rasa semua tu, bila di hari perhitungan, adakah aku akan perkatakan sebegitu dihadapan Allah? Dihadapan para malaikat? Sedangkan ibadah pun aku rasa terpaksa kadang kadang dan nak jaga keikhlasan dalam diri tu payah bagi aku. Overall, aku kadang takut nak fikir soal jodoh ni sebab tanggungjawab semua ni lah. Sampai satu tahap aku kata aku taknak kawin biar bujang sampai maut menjemput. Seolah aku menolak sunnah Rasulullah saw. Nabi tak mengaku umat woi. Ampun aku ya Allah. But aku masih sokong poligami. Jangan risau. Poligami itu juga salah satu sunnah. TAPI jangan mengambil kesempatan terhadap agama. Jangan jadi penunggang agama sendiri untuk lepaskan nafsu sendiri. insha Allah. Allah tahu tiap niat hambaNya.
" Ya muqallibal qulub, tsabbit qalbi'ala dinik wa tha'athik "
Maksud: Wahai yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agamaMu dan ketaatan kepadaMu.
(Doa yang dibaca oleh Rasulullah saw dalam hadis riwayat Ahmad).
Tapi yang masih menjadi persoalan dalam otak aku.
Ikhlas kah aku?
Bersediakah aku?
Adil kah aku?