Tuesday, July 18, 2017

Tertangguh

Waktu subuh cengini, aku suka berfikir panjang. Fikir dan berfikir sampai emosi sensorang. Bab nagis tak osah cakap wei. Once dah nagis, berjurai tu ya Allah.. yelah aku bukan seorang yang suka nagis tanpa sebab macam fakta fakta merapu tu? *senyum bermakna*

Aku selalu fikir nikmat Tuhan yang aku perolehi dalam sehari tu. Aku akan refresh balik perbuatan yang aku lakukan. Bila ada something macam harem je perangai, aku fikir dalam gila. Sedalam yang boleh beb. Aku fikir azab azab Allah. Sebagai contoh, aku lambatkan buat assignment atau sesuatu urusan tu dengan menggantikan aktiviti lagha iaitu menonton movie. Padahal dah janji dengan diri sendiri sekian sekian waktu, kena stop uruskan ini dulu. Well, manusia itu selalu memungkiri janji hatta pada dirinya sendiri. Hanyut lah aku dengan movie. Dalam al Quran surah Al-Khaf , ayat 23. Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): "Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu, kemudian nanti".

Dalam kalam Allah dah cakap jangan suka bertangguhkan sesuatu urusan. Aku tak tau lah sejenis penyakit ni. Susah sangat nak buang dalam diri. Sentap pun sekejap je. Pastu repeat once again. Sampai bila entah nak perangai macam ni -.- tipu ahhhh tak penah marah diri sendiri kan? Ofcos lah berjuta kali nasihat *iya2 je berjuta kali* suruh persiapkan urusan penting dahulu. Namun bila dah layan asyiknya KEDUNIAAN, hancur segala nasihat punah ranah bommm! Tak dapat diselamatkan. Maka akan tertangguh lah urusan itu.

Jenis aku bukan tak siap, cuma lambat lah. Terkejar kejar sana sini macam tak cukup nafas. Bila ada lack of information. Mula lah itulah inilah. Salahkan diri sendiri macam2. Tak bagus ada sikap mencela diri sendiri ni ya uols. No no no!  Dekat situ aku nilai balik diri aku. Audit diri orang bandar kata. Maka bermula sesi reflects diri sebab cela diri, tangguh kerja dan lack segala hal. Padan sangatlah urusan tak dipermudahkan oleh Tuhan.

Allahu...

No comments:

Post a Comment