Thursday, September 19, 2019
Pro-v-o
Monday, September 16, 2019
Saturday, April 13, 2019
te-mu-i
bukan hanya kau sahaja terkial seorangan.
ada sudah ke hujung masa masih tiada jawapan.
tidak semua perkara Tuhan izin temui persoalan dan jawapan.
begitu jua aku kadang buntu mencari sendirian.
satu yang aku belajar sepanjang perjalanan ini bahwa kesabaran itu punca utama kita terus dan terus berdoa kepada Tuhan.
i thanks God for this journey.
Friday, February 22, 2019
perbincangan indah antara dua jiwa
senang sekali mendengar bicara antara si laki dengan si laki itu. masing masing bertukar gambar anak anak kecil si laki dengan si laki itu. aku kira si laki dan si laki itu merasa bangga dengan anak mereka. kedengaran pujian saja antara si laki dan si laki itu. memuji satu sama lain ketika melihat gambar pada skrin bimbit. selang beberapa minit, aku terlihat air mata pada lereng mata si laki dan si laki itu.
entah halwa telinga aku terasa nyaman sekali mendengar perbualan mereka. indah. tanpa aku sedar bibir terukir senyuman. si laki dan si laki itu sayang sungguh pada anak tunggal mereka sehingga menitis air mata. aku yang mendengar saja turut sebak dan usap air mata pada hujung baju.
kasih seorang bapa tidak nampak lembut dimata. namun dibelakang anak sangat lembut sekali sayang didalam jiwa mereka. kerna sayang mereka tegas. mereka mahu anak anaknya menjadi orang yang berguna masa hadapan. penat mereka tiada tara. kudrat mereka ada masa ingin rehat namun tanggungjawab, mereka paksa jua tenaga yang berbaki.
duhai anak, apa kau tahu insan ini menitis air mata bangga belakang kau? berikan pelukan hangat walau ketika. hargai kudratnya ketika kau melolong lapar.
Wednesday, February 6, 2019
thoughts t-w-o
heaven or hell it would be place for us?