bismillah
tiba tiba sanubari aku diketuk persoalan. aku terbaca satu soalan ini dekat instagram. si polan itu bertanya apa lagi yang tak achieve? soalan tersebut dibalas penuh ikhlas. jawapan itu juga mengetuk hati keras aku. husnul khatimah. hanya الله sahaja tahu betapa sayunya hati. tiada apa yang lebih berjaya didunia ini melainkan redha الله. kematian yang baik. sempat mengucap kalimah la ilaha il الله sebelum hembus nafas terakhir. orang seperti aku seringkali berangan untuk mati dalam keadaan bersih dari dosa. namun acap kali alpa akan asyik dunia. masih tamak dunia dalam hati. alpa tipu daya dunia yang hanya bawa padah derita. bagaimana keadaan aku ketika bersendirian dalam suasana asing sekali. sunyi. gelap gemita. apakah jasad aku bakal dibalun dengan malaikat munkar dan nakil saat disoal siapa Tuhanmu. siapa ikutan aku ketika didunia. amalan aku didunia. apa itu semua hanya sia sia atau penyelamat seketika? tiada siapa tahu. gerun sekali bila terfikir akan azab kubur apatah lagi azab diakhirat kelak. الله... berangan tinggi ingin ke syurga sana. kematian yang husnul khatimah. jika ditanya pada sesiapa jawapan semua akan sama iaitu mahu pengakhiran yang baik. semua begitu hendaknya termasuk aku.
berapa kali aku mendustai diriku? berapa kali aku lupa bersyukur akan nikmat Tuhan? berapa kali aku dahulukan dunia dari sangkaan الله? berapa kali aku lalai dan buta hati akan hidayah? berapa kali aku sebati sama sifat munafik? berapa kali lidah, lisan dan hati ingat untuk selawat terhadap kekasihNya Rasulullah saw. berapa kali terlintas kematian dalam diri? berapa kali ikhlas hati ini ketika beribadah?
all these thoughts are deep inside me. what will we do about this scar? now asking ourselves for a moment. who am i will be after this life?
heaven or hell it would be place for us?
heaven or hell it would be place for us?
No comments:
Post a Comment