Friday, February 22, 2019

perbincangan indah antara dua jiwa

senang sekali mendengar bicara antara si laki dengan si laki itu. masing masing bertukar gambar anak anak kecil si laki dengan si laki itu. aku kira si laki dan si laki itu merasa bangga dengan anak mereka. kedengaran pujian saja antara si laki dan si laki itu. memuji satu sama lain ketika melihat gambar pada skrin bimbit. selang beberapa minit, aku terlihat air mata pada lereng mata si laki dan si laki itu. 


entah halwa telinga aku terasa nyaman sekali mendengar perbualan mereka. indah. tanpa aku sedar bibir terukir senyuman. si laki dan si laki itu sayang sungguh pada anak tunggal mereka sehingga menitis air mata. aku yang mendengar saja turut sebak dan usap air mata pada hujung baju. 


kasih seorang bapa tidak nampak lembut dimata. namun dibelakang anak sangat lembut sekali sayang didalam jiwa mereka. kerna sayang mereka tegas. mereka mahu anak anaknya menjadi orang yang berguna masa hadapan. penat mereka tiada tara. kudrat mereka ada masa ingin rehat namun tanggungjawab, mereka paksa jua tenaga yang berbaki.


duhai anak, apa kau tahu insan ini menitis air mata bangga belakang kau? berikan pelukan hangat walau ketika. hargai kudratnya ketika kau melolong lapar. 

Wednesday, February 6, 2019

thoughts t-w-o

bismillah


tiba tiba sanubari aku diketuk persoalan. aku terbaca satu soalan ini dekat instagram. si polan itu bertanya apa lagi yang tak achieve? soalan tersebut dibalas penuh ikhlas. jawapan itu juga mengetuk hati keras aku. husnul khatimah. hanya الله sahaja tahu betapa sayunya hati. tiada apa yang lebih berjaya didunia ini melainkan redha الله. kematian yang baik. sempat mengucap kalimah la ilaha il الله sebelum hembus nafas terakhir. orang seperti aku seringkali berangan untuk mati dalam keadaan bersih dari dosa. namun acap kali alpa akan asyik dunia. masih tamak dunia dalam hati. alpa tipu daya dunia yang hanya bawa padah derita. bagaimana keadaan aku ketika bersendirian dalam suasana asing sekali. sunyi. gelap gemita. apakah jasad aku bakal dibalun dengan malaikat munkar dan nakil saat disoal siapa Tuhanmu. siapa ikutan aku ketika didunia. amalan aku didunia. apa itu semua hanya sia sia atau penyelamat seketika? tiada siapa tahu. gerun sekali bila terfikir akan azab kubur apatah lagi azab diakhirat kelak. الله... berangan tinggi ingin ke syurga sana. kematian yang husnul khatimah. jika ditanya pada sesiapa jawapan semua akan sama iaitu mahu pengakhiran yang baik. semua begitu hendaknya termasuk aku. 

berapa kali aku mendustai diriku? berapa kali aku lupa bersyukur akan nikmat Tuhan? berapa kali aku dahulukan dunia dari sangkaan الله?  berapa kali aku lalai dan buta hati akan hidayah? berapa kali aku sebati sama sifat munafik? berapa kali lidah, lisan dan hati ingat untuk selawat terhadap kekasihNya Rasulullah saw. berapa kali terlintas kematian dalam diri? berapa kali ikhlas hati ini ketika beribadah?



all these thoughts are deep inside me. what will we do about this scar? now asking ourselves for a moment. who am i will be after this life?























heaven or hell it would be place for us?