Lama tak jenguk kau. Last update last year november if I'm not mistaken?
Alright, nak cakap sikit lah. Tak banyak pun.
First, Sebelum menginjak umur 2_ lagi 2 bulan. Aku dengan rendah diri merasakan hidup ini sebenarnya tak ada untuk dikejarkan sangat. Tidak perlu gopoh kejar. Rilek sudah. Nak itu ini memang banyak dalam bucket list. But tak semua benda tu الله izin dan redha.
Second, disebabkan aku sejenis yang susah rapat dengan orang maka boleh kata lah kawan tu kahkahkah. Aku tahu ramai je tak berapa suka dengan aku. Masa sekolah dulu kena buli jadi nak bergaul dengan orang itu rasa tak perlu. Maksud aku bukan tak ada kawan langsung. Ada je contact semua. But yelah macam tu je. Kadang aku tegur selalu seen je. Dah biasa bab ni. Cara aku nak tahu perkembangan kawan kawan aku dengan melihat mereka senyap senyap. Stalk their social media. Senyum sorang tengok diorang punya kehidupan. Itu cara aku hargai mereka.
Third, aku belajar banyak benda dari orang sekeliling. Aku lebih banyak mendengar cerita orang dari cerita kepada orang. Aku belajar menjadi pendengar tanpa judge pencerita. Betullah orang kata, mendengar itu buat kita belajar bersikap rasional.
Fourth, aku masih berusaha istiqamah menjadi lebih baik dari semalam. Masih banyak aku perlu cover. jangan salah umi dan ayah aku. Mereka dah gigih berusaha bagi pendidikan agama cuma aku yang jahil untuk mendengar dan ikut kata kata mereka.
Egois. Akhirnya tak bawa apa apa pada diri. Aku banyak kecewakan mereka. Aku tahu itu. Sekarang aku malu sangat dengan perangai aku dulu. Doa akan aku sentiasa ya? Moga الله balas lebih dari baik doa yang kau lafazkan untuk orang seperti aku.
Lastly, kesederhanaan. Aku mahu sederhana dalam certain aspek. Sederhana dengan dunia. Sederhana itu membawa kebahagian. Tidak terlalu mengikut dan menayangkan sesuatu.
Aku dah tak tahu nak cakap apa. Merepek je lebih. Maafkan kamek. Kamek sik pande bercerita.
Apa apa pun aku doa kan semoga الله memberi kefahaman agama dan ilmu yang bermanfaat. Insha الله.
Semoga berjumpa lagi blog! :)
Lastly, kesederhanaan. Aku mahu sederhana dalam certain aspek. Sederhana dengan dunia. Sederhana itu membawa kebahagian. Tidak terlalu mengikut dan menayangkan sesuatu.
Aku dah tak tahu nak cakap apa. Merepek je lebih. Maafkan kamek. Kamek sik pande bercerita.
Apa apa pun aku doa kan semoga الله memberi kefahaman agama dan ilmu yang bermanfaat. Insha الله.
Semoga berjumpa lagi blog! :)
No comments:
Post a Comment