Tuesday, October 23, 2018

Kisah Mesin Air






masukkan duit tanpa melihat deretan air.

cing
cing
cing

tiga helai not biru selamat dikorbankan.

tet...

kornea mata meliar membaca tiap perkataan merah pada deretan air. ketawa sendiri. terasa lucu melihat perkataan merah hampir menguasai mesin air. menandakan kehabisan stok air pada perut mesin. namun masih gigih mencari jika ada baki yang tinggal. penuh khusyuk telaah mesin air. tidak lama kemudian.

yes! Finally ada juga ruang yang tidak bertanda merah tulisan asing pada deretan kedua. tanpa melihat nama perisa air tertera. terasa ada bunga mekar dalam hati. penemuan itu terasa luar biasa tidak seperti sebelumnya. menimbulkan tamak dalam hati.


" aku nak tambah lagi satu tin. "


belum sempat menambah not biru baru terfikir hendak mengetahui perisa air tersebut. namun kecewa semula melihat perisa air yang tertera. nescafe tarik. orang punya penyakit migraine mana pernah merasa tekstur kopi. lagi sekali ketawa depan mesin.


" kau bercanda apa malam buta ni mesin? "


-------


punya harta tidak mampu membeli segala.
punya impian tidak mampu penuhi semua.

Hah!

rakus nya hati manusia. 
mana pernah cukup apa yang ada.


-------


kita punya masa diberi Tuhan sama.
tidak kurang mahupun terlebih.

aku tanya sama hati.
mati itu pasti.

jika bergelar manusia, sentiasa terlupa.
mengejar sesuatu yang tidak pasti.


lucu kan?

jap. kenapa lari topik? 


entah. tapi aku punya permintaan terhadap kamu. mahu kamu baca. tidak banyak permintaan ini. jujur sama Tuhan kamu buka ya?



sini aku mahu kongsi pahala.









Surah 114.

No comments:

Post a Comment