Aku bukan tak nak kembali cuma aku rasa masih terlalu awal dan muda. Ya. Muda yang tak menjanjikan akan hidup sesaat berikutnya. Bodoh sungguh aku.
Pernah tanya diri sampai bila mahu hidup tidak berpaksi sama Tuhan?
Aku masih sombong dengan apa yang aku kecapi. Masih tidak bersyukur dengan nikmat Tuhan. Lagak nya tidak sedar akan sekejapnya persinggahan dunia. Bodoh nya aku.
Pernah tanya sama diri sampai bila mahu hidup tidak berpaksi sama Tuhan?
Ada satu hari itu aku melihat cerita pasal kematian orang soleh. Aku menangis. Aku mahu kematian seperti itu. Kematian yang diredhai.
Tuhan, aku sesak dengan persoalan ini. Tuhan tunjuk aku jalan. Aku tak mampu Tuhan. Aku mahu kembali kepada Engkau. Tolong. Aku merayu dengan penuh kehinaan sebagai seorang hamba. Tersendu sendu meratap kasih Tuhan seakan pengemis yang tidak tahu malu. Malam itu aku google cara cara solat taubat dan tahajjud. Buat pertama kali nya dalam hidup aku.
Tuhan, aku kembali.
No comments:
Post a Comment