Friday, November 30, 2018

Perempuan

perempuan itu selalu risau akan masa yang diguna untuk apa


perempuan itu selalu risau akan kematian yang bagaimana Tuhan atur untuk nya


perempuan itu selalu risau akan tiap lafaz perkataan ketika berbicara


perempuan itu selalu risau bila hadirnya akan muncul kurang enak bagi mereka


perempuan itu selalu risau sampai bila mahu hidup dalam alamnya


perempuan itu selalu risau jiwa nya akan dikoyak oleh penantian seseorang


Wednesday, November 28, 2018

thoughts o-n-e

.


.


.


.


.


.











I've never felt welcomed or accepted anywhere i go.











.


.


.


.


.


.














I'm tired.

Monday, November 5, 2018

surat tiada alamat buat kamu




hari biasa yang aku sedang jalani. tiada ada apa yang menarik. entah seperti ada magis pada tiap perkataanmu dan itu membuat aku ternanti nanti setiap hari. perkataan dan rutin harimu sentiasa menjadi aktiviti wajib untuk aku ketahui. tanpa aku sedar. ingin sekali aku bicara padamu bahwa tiap baris kata yang kau susun penuh keikhlasan dan tiap jiwa jiwa membacanya pasti akan hanyut seperti aku. tidak terlalu berat malah penuh makna yang tersirat. bagi aku seolah seorang anak kecil berjiwa besar berbicara kepada ibunya. penuh hati hati dan jiwanya terbawa sekali ketika menyampaikan. pantas juga jiwa jiwa seperti aku ini terhanyut. tiada apa mampu untuk aku rumuskan lagi. baris kata mu wahai sipencinta kata, aku kagum hasil karya mu. jika pendidikmu adalah aku. aku akan baca segala hasil karya mu yang penuh magis pasti aku akan berkata









"syabas! kamu membuatku merasa bangga. ini hadiah yang paling bernilai dari anak murid polos sepertimu."



Friday, November 2, 2018

Persoalan Diri






Pernah tanya pada diri sampai bila mahu hidup tidak berpaksi sama Tuhan? 

Aku bukan tak nak kembali cuma aku rasa masih terlalu awal dan muda. Ya. Muda yang tak menjanjikan akan hidup sesaat berikutnya. Bodoh sungguh aku.

Pernah tanya diri sampai bila mahu hidup tidak berpaksi sama Tuhan?

Aku masih sombong dengan apa yang aku kecapi. Masih tidak bersyukur dengan nikmat Tuhan. Lagak nya tidak sedar akan sekejapnya persinggahan dunia. Bodoh nya aku.

Pernah tanya sama diri sampai bila mahu hidup tidak berpaksi sama Tuhan?

Ada satu hari itu aku melihat cerita pasal kematian orang soleh. Aku menangis. Aku mahu kematian seperti itu. Kematian yang diredhai. 














Tuhan, aku sesak dengan persoalan ini. Tuhan tunjuk aku jalan. Aku tak mampu Tuhan. Aku mahu kembali kepada Engkau. Tolong. Aku merayu dengan penuh kehinaan sebagai seorang hamba. Tersendu sendu meratap kasih Tuhan seakan pengemis yang tidak tahu malu. Malam itu aku google cara cara solat taubat dan tahajjud. Buat pertama kali nya dalam hidup aku.



















Tuhan, aku kembali.

Tuesday, October 23, 2018

Kisah Mesin Air






masukkan duit tanpa melihat deretan air.

cing
cing
cing

tiga helai not biru selamat dikorbankan.

tet...

kornea mata meliar membaca tiap perkataan merah pada deretan air. ketawa sendiri. terasa lucu melihat perkataan merah hampir menguasai mesin air. menandakan kehabisan stok air pada perut mesin. namun masih gigih mencari jika ada baki yang tinggal. penuh khusyuk telaah mesin air. tidak lama kemudian.

yes! Finally ada juga ruang yang tidak bertanda merah tulisan asing pada deretan kedua. tanpa melihat nama perisa air tertera. terasa ada bunga mekar dalam hati. penemuan itu terasa luar biasa tidak seperti sebelumnya. menimbulkan tamak dalam hati.


" aku nak tambah lagi satu tin. "


belum sempat menambah not biru baru terfikir hendak mengetahui perisa air tersebut. namun kecewa semula melihat perisa air yang tertera. nescafe tarik. orang punya penyakit migraine mana pernah merasa tekstur kopi. lagi sekali ketawa depan mesin.


" kau bercanda apa malam buta ni mesin? "


-------


punya harta tidak mampu membeli segala.
punya impian tidak mampu penuhi semua.

Hah!

rakus nya hati manusia. 
mana pernah cukup apa yang ada.


-------


kita punya masa diberi Tuhan sama.
tidak kurang mahupun terlebih.

aku tanya sama hati.
mati itu pasti.

jika bergelar manusia, sentiasa terlupa.
mengejar sesuatu yang tidak pasti.


lucu kan?

jap. kenapa lari topik? 


entah. tapi aku punya permintaan terhadap kamu. mahu kamu baca. tidak banyak permintaan ini. jujur sama Tuhan kamu buka ya?



sini aku mahu kongsi pahala.









Surah 114.

Friday, October 19, 2018

20-1-8

Salam.

Lama tak jenguk kau. Last update last year november if I'm not mistaken?
Alright, nak cakap sikit lah. Tak banyak pun.

First, Sebelum menginjak umur 2_ lagi 2 bulan. Aku dengan rendah diri merasakan hidup ini sebenarnya tak ada untuk dikejarkan sangat. Tidak perlu gopoh kejar. Rilek sudah. Nak itu ini memang banyak dalam bucket list. But tak semua benda tu الله izin dan redha.

Second, disebabkan aku sejenis yang susah rapat dengan orang maka boleh kata lah kawan tu kahkahkah. Aku tahu ramai je tak berapa suka dengan aku. Masa sekolah dulu kena buli jadi nak bergaul dengan orang itu rasa tak perlu. Maksud aku bukan tak ada kawan langsung. Ada je contact semua. But yelah macam tu je. Kadang aku tegur selalu seen je. Dah biasa bab ni. Cara aku nak tahu perkembangan kawan kawan aku dengan melihat mereka senyap senyap. Stalk their social media. Senyum sorang tengok diorang punya kehidupan. Itu cara aku hargai mereka.

Third, aku belajar banyak benda dari orang sekeliling. Aku lebih banyak mendengar cerita orang dari cerita kepada orang. Aku belajar menjadi pendengar tanpa judge pencerita. Betullah orang kata, mendengar itu buat kita belajar bersikap rasional.

Fourth, aku masih berusaha istiqamah menjadi lebih baik dari semalam. Masih banyak aku perlu cover. jangan salah umi dan ayah aku. Mereka dah gigih berusaha bagi pendidikan agama cuma aku yang jahil untuk mendengar dan ikut kata kata mereka.

Egois. Akhirnya tak bawa apa apa pada diri. Aku banyak kecewakan mereka. Aku tahu itu. Sekarang aku malu sangat dengan perangai aku dulu. Doa akan aku sentiasa ya? Moga الله balas lebih dari baik doa yang kau lafazkan untuk orang seperti aku.

Lastly, kesederhanaan. Aku mahu sederhana dalam certain aspek. Sederhana dengan dunia. Sederhana itu membawa kebahagian. Tidak terlalu mengikut dan menayangkan sesuatu.


Aku dah tak tahu nak cakap apa. Merepek je lebih. Maafkan kamek. Kamek sik pande bercerita.
Apa apa pun aku doa kan semoga الله memberi kefahaman agama dan ilmu yang bermanfaat. Insha الله.




Semoga berjumpa lagi blog! :)